Apakah dengan menjatuhkan pembangkang maka akan harmonikah Malaysia? Atau mungkinkah Umno sememangnya bercita2 untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang sifar pembangkang? Atau mewujudkan pembangkang yang boleh dibonekakan? Umno hari ini terbina dari ego melulu pemimpinnya. Maka, semua yang jentera perlu terus bersekongkol dengan pelbagai perkara bathil demi melunaskan serakah pemimpinnya.
Umno hanyalah sebuah parti. Tetapi kebobrokan pemacunyalah yang telah memperlihatkan Umno itu bagai sampah! Jangan terus beretorik. Menjatuhkan kerajaan minoriti dengan cara bacul bukan langkah anak jantan bagi sebuah parti yang berdekad lamanya melaungkan kesaksamaan. Itu bukan kerja jihad, tetapi kerja jahat!
0 ulasan:
Catat Ulasan