Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.
MB Pahang Seru Seluruh Rakyat Negeri Ini Mendoakan Kesejahteraan Sukelawan
Malaysia Misi Global Sumud Flotilla
-
*KUANTAN:* Seluruh rakyat di negeri ini diminta terus bersama-sama
mendoakan kesejahteraan sukarelawan Malaysia yang terlibat misi Global
Sumud Flotilla ...
8 jam yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan