? ??????????????Old Poster? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 431 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Lonely Road? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Ahad, 24 Januari 2010

Sultan Johor mangkat


Sultan Johor Sultan Iskandar, yang mangkat malam Jumaat lalu pada usia 77 tahun, adalah seorang raja yang tegas tetapi adil dan sentiasa mahukan yang terbaik bagi rakyat, menjadikan negeri Johor sebagai antara negeri termaju di negara ini.Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, mangkat pada 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering. Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah Ismailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri Tunku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Khamis, 21 Januari 2010

Nazree GERAK masuk PR? Ikhlas ke...


Peduli apa ke mana pun platform Nazree selepas ini. Sekalipun ke dalam PR, kita tidak pasti apakah sememangnya Nazree 'dihantar' untuk 'menyelongkar' kelemahan dalaman PR? Atau Nazree bakal menjadi seperti Ezam yang kini cukup senang dan lenang hidupnya.

Buat penyokong PR, siapalah Nazree...jangan mudah teruja....jangan mudah terlupa...

Rabu, 20 Januari 2010

PR Perak hilang populariti?

Benarkah melayu di Perak semakin hilang sokongan pada PR? Atau ianya sekadar manipulasi atau halunisasi pihak2 yang berangan untuk melihat PR terus ghaib di Perak? Kerajaan kudeta Zambry terbentuk bukan dengan cara jantan!
Jadi apa yang mahu dibanggakan? Nantilah, biarlah seluruh jentera diperbudakkan demi survival kuasa haram Perak, akan sampai juga kebenaran hakiki dari Tuhan!

Pendidikan satu perniagaan?


Musim baru persekolahan 2010 hampir menjangkau sebulan. Pun begitu, kita percaya masih ramai ibu bapa yg masih belum melunaskan yuran persekolah anak2. Bukan enggan, tetapi ramai yang kurang berkemampuan untuk membayarnya sekaligus. Perkara sebegini adalah rutin tahunan. Saban tahun, kenaikan yuran2 ini terus berlaku. Jangan kita melihatnya di bandar besar, jangan kita melihat kepada ibubapa yang menhantar anak ke sekolah dengan kereta mewah, tetapi lihat di kawasan pedalaman, kampung2 atau di pinggir bandar. Jangan menilai pada anak2 yang datang dari banglo mewah, tetapi jenguklah anak2 dari teratak di hujung kampung.

Ramai yang mengeluh. Baju dan peralatan sekolah lain, yuran lain. Kalau seorang dah hampir RM 500..bagaimana pula 4-5 orang? Inilah fenomena biasa pada ibu bapa yang kurang mampu.


Mungkinkah juga PENDIDIKAN SATU PERNIAGAAN?

MB Khalid, toleh-tolehlah ke belakang..


Selangor hari ini terus diasak. Melihat kepada kepelbagaian wacana yang dirangka oleh MB Khalid membuatkan para pendengki dari UMNO begitu khuatir. Khuatir jika rakyat terus utuh menyokong PR. Kononnya, PR tidak layak mentadbir. Hei! Bukankah PR berdiri di atas nama demokrasi? Jadi bersilatlah cara demokrasi. Bukan manipulasi dan eksploitasi.

Pun begitu, dalam menyanjung PR, wajar juga teguran dilontar kepada pemimpin PR Selangor. Khususnya MB, Khalid. Jangan meminggirkan ahli dicabang. Dengarkan juga permasalahan ahli akar umbi ini. Tanpa mereka..dimanalah kita?

UMNO kian rakus

Apakah dengan menjatuhkan pembangkang maka akan harmonikah Malaysia? Atau mungkinkah Umno sememangnya bercita2 untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang sifar pembangkang? Atau mewujudkan pembangkang yang boleh dibonekakan? Umno hari ini terbina dari ego melulu pemimpinnya. Maka, semua yang jentera perlu terus bersekongkol dengan pelbagai perkara bathil demi melunaskan serakah pemimpinnya.
Umno hanyalah sebuah parti. Tetapi kebobrokan pemacunyalah yang telah memperlihatkan Umno itu bagai sampah! Jangan terus beretorik. Menjatuhkan kerajaan minoriti dengan cara bacul bukan langkah anak jantan bagi sebuah parti yang berdekad lamanya melaungkan kesaksamaan. Itu bukan kerja jihad, tetapi kerja jahat!