Sekalipun ditakdirkan PR rebah dek kekalutan, Umno tetap bukan pilihan yang terbaik untuk terus berpaut. Mentaliti 'ada duit semua boleh jadi' yang dilihat seolahnya menjadi trademark Umno bakal meranapkan institusi kepimpinan dan penyatuan rakyat. Umno hanya sekadar disokong untuk wang bukan kerana Umno itu bersifat pelindung. Umno didokong kerana Umno itu 'peluang untuk jadi senang' bukan kerana Umno itu sememangnya menyenangkan.
Pemimpin Umno yang silih berganti tetap mendokong dasar yang serupa. Jangan beri Umno kuasa yang berlebihan, kerana keinsafan Umno yang tercetus kerana penangan PRU 12 lalu hanyalah bersifat sementara. Mereka pastinya akan hilang akal bila kuasa mereka dibentuk secara majoriti.
Justeru adalah wajar kepimpinan PR kembali memperbetulkan keadaan dan kekalutan. Momentum Pru 12 harus konsisten. Namun jika kuasa individu menjadi perkara pokok, maka tiada bezanyalah antar PR dan Umno. Maka kempunanlah bagi rakyat yang mahu melihat Umno dikafankan.
0 ulasan:
Catat Ulasan