? ??????????????Old Poster? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 431 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Lonely Road? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Sabtu, 7 November 2009

Kalau dah tau UMNO itu menjijikkan.....

Dah tau UMNO tu menjijikkan..kenapa nak juga didekati? Prof Aziz Bari melontarkan soalan itu tatkala bersidangnya para pemikir PAS. Cukup pelik. Jika dihalusi mengapa jadi begini? Siapa puaka yang menimbulkan isu kerajaan perpaduan? Siapa yang baik hati sangat melayan?
PAS susah acapkali diperkotak katikkan oleh UMNO. Masih juga tidak serik-serik. Siapa pun yang diangkat sebagai pemimpin UMNO tetap juga akan mendokong dasar,pendekatan dan mentaliti yang sama. Jadi apa yang baharunya di dalam UMNO?

Jumaat, 30 Oktober 2009

PR wajar kembali bertaut! Malah sewajarnya lebih utuh!

Sekalipun ditakdirkan PR rebah dek kekalutan, Umno tetap bukan pilihan yang terbaik untuk terus berpaut. Mentaliti 'ada duit semua boleh jadi' yang dilihat seolahnya menjadi trademark Umno bakal meranapkan institusi kepimpinan dan penyatuan rakyat. Umno hanya sekadar disokong untuk wang bukan kerana Umno itu bersifat pelindung. Umno didokong kerana Umno itu 'peluang untuk jadi senang' bukan kerana Umno itu sememangnya menyenangkan.
Pemimpin Umno yang silih berganti tetap mendokong dasar yang serupa. Jangan beri Umno kuasa yang berlebihan, kerana keinsafan Umno yang tercetus kerana penangan PRU 12 lalu hanyalah bersifat sementara. Mereka pastinya akan hilang akal bila kuasa mereka dibentuk secara majoriti.
Justeru adalah wajar kepimpinan PR kembali memperbetulkan keadaan dan kekalutan. Momentum Pru 12 harus konsisten. Namun jika kuasa individu menjadi perkara pokok, maka tiada bezanyalah antar PR dan Umno. Maka kempunanlah bagi rakyat yang mahu melihat Umno dikafankan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Mesej di sebalik Filem2 P.Ramlee


Do-Re-Mi, salah satu cerita yang saya tak jemu tengok. Babak yang palingmenarik ialah bila doremi masuk rumah nak jual berus gigi tapi pakaian bukanmain cantik dengan kot, tali leher dan kasut kilatnya. Tapi pakai topeng mata macam penyamun. Lepas itu, tuanrumah kena paksa membeli. Memang sinonim dengan situasi sekarang. Maksud yangtersirat ialah doremi itu orang berniaga tetapi berniaga macam penyamun, paksaorang beli dan bayar walaupun orang itu tak perlukan barang itu.


Banyak terjadi sekarang....Laporan audit negara tahun 2007, begitulah keadaannya. Barang yang tak perlu, pun dibeli, kemudian dengan harga mahal pulatu. Barang yang murah, boleh jadiberkali-kali ganda mahalnya. Barang yang langsung tak diperlukan, tapi dibeli hanya sebab nak memuaskan hati penyamun yang bertali leher dan berkot itu.Siapa penyamun dan siapa yang kena samun. Penyamunnya ialah kontraktor pembekal dan pegawai yang meluluskan tender itu. Yang kena samun ialah rakyat, duit pembayar cukai lah, duit budak- budaksekolah. Patutnya duit itu boleh buat belanja budak sekolah ke, bantuan bukuke, bantuan makanan ke, tapi masuk poket penyamun Kemudian, dalam 'scene' yang sama, ada pula watak polis. Siapa polis itu?Hebat betul P.Ramlee mengintepretasikannya. Beliau mungkin telah lihat perkarabegitu dalam zamannya, sebab itu filemnya masih sinonim dan tak jemu ditengok,dan penyamun penyamun itu masih berleluasa sampai sekarang dan ada yang dapatperlindungan pula itu.


Cuba pula kita lihat 3 Abdul...tuan penasihat ada macam macam-macam. Tapi kalau silap pilih, penasihat yang paling bijak pun boleh jadi macam sangkar perangkapmonyet.. Silap haribulan perangkap makan tuan . Tuan penasihat memang dahtetapkan 25% dalam tiap urusan. Modal dia, bagi idea saja, air liur saja.Begitulah sekarang, tiap urusan memang dah ada '25%' itu untuk orang tengah."Kalau marah nanti kena jual". Itulah syarat utama dalam perjanjian 3 Abdul dengan Saddiq Sigaraga. Apa maksud P.Ramlee itu. Apa kena-mengena denganorang marah.Orang marah ialah orang yang gagal mengawal emosi mereka. Orang marah telahditiupkan dengan api kemarahan oleh syaitan. Kelemahan nya akan terserlah.Hanya orang bijak saja dapat memanipulasi kelemahan ini. Setengah orang, bila melihat orang marah,dia jadi takut atau cuba menenangkan orang itu. Tapi manipulator akan ambil kesempatan sebab orang tengah marah lah paling senangkena provok. Orang marah lah akan buat tindakan bodoh, cakap yang tak senonohdan senang lah manipulator masukan dia dalam perangkap monyet dan jual dekatrestoran eksotik. Dalam 3 Abdul, jadi hamba lelongan.Ini banyak jadi dalam politik. Ada seorang yang bertaraf menteri, yang dulutugasnya mengawal kegiatan kongsi gelap kelas pertama, sebab marah fasal isuketuk ketampi dan tersalah cakap pasal pelancong negeri Hang Li Po terus kenatukar mengawal kegiatan samseng di sekolah.. Jauh sangat turun nya.P.Ramlee telah beritahu fasal pentingnya Emotional Quotent dulu lagi. Walaupunistilah EQ belum lagi ada masa itu. Hingga untuk perkara baik pun mesti dijagaEQ itu. Lihat semasa 2 Abdul itu ditemukan dengan isteri masing- masing, Abdul Wahib menyergah, supaya mereka mengawal perasaan dan perlakuan.


Ali baba bujang lapuk, penyamun boleh bawa berpakat, tak ada masalah, asalkanpandai. Boleh buat-buat macam kena rompak, lepas itu claim insurance. Penyamun zaman Ali Baba Bujang Lapuk pun ada persatuan. Samalah macam sekarang, adamacam-macam persatuan dan institusi yang menyamun duit rakyat. Ada macam-macam projek yang kononnya menjaga kepentingan rakyat, tapi sebenarnya nakdiagih-agihkan peruntukan kerajaan itu sesama mereka. "kalau awak berani mencari lain penyamun, seluruh persatuan penyamun akanmengambil tindakan" Banyak yang tersirat dalam dialog filem itu sebenarnya.


P.Ramlee dah bagi tahu penyakit-penyakit orang Melayu lama dulu. Sekali lagi,kita buat silap,tak pandai nak ambil iktibar yang disampaikan P.Ramlee 40 tahundulu dan selama 40 tahun itu lah kita hanya pandai gelak bila lihat komedi sinis P.Ramlee di TV tapi tak pandai menilai. P.Ramlee memang genius, belum ada lagi filem Melayu sekarang ini yang dapat mengetengahkan isu isu orang Melayu secara sinis dalam panggung wayang...atas layar perak. Sebagai orang seni, P.Ramlee cukup sensitif dengan masalah masyarakat Melayu masa itu. Kehebatan beliau terletak pada bagaimana beliaumenceritakan kisah Melayu dengan analogi yang halus sekali. P.Ramleemenggunakan adab Melayu yang suka beralas bila bercakap, tapi menerusi medium filem. Filemnya sarat dengan mesej.Nujum Pak Belalang, nasib negara ditentukan dengan pertaruhan dan ego siSultan. Pertaruhan...perjudian..dah tentu ada taukehnya..Isu hangat yang terjadi. Tauke judi pun terlibat dalam menentukan siapa yang patut jadi "ketua kepada segala ketua perbicaraan". Sang penasihat, Si Kitul jadi dalangnya. "correct... correct" Dalam filem itu, ahli nujum lah yang menjadi penasihat negara.


Apa apa yang dimusykilkan Sultan, pendapat ahlil nujum lah yang penting. Sama sepertisekarang, penasihat negara ialah peguam. Nasihat peguam penting sebab dia yangtahu selok belok undang-undang. Ada peguam negara dan ada peguam broker.Sebab terlalu ghairah bercerita, habis semua jawapan teka teki diberi tahu olehahli nujum itu, dia tak tahu si Belalang tengah curi dengar, yang secarakebetulan bersembunyi bawah pelana perahu. Cuma Belalang moden tu badannyabesar. Dia tak bersembunyi, cuma pakai kamera tersembunyi sambil duduk atas kerusi. Sang peguam pula beria-ia bercerita, dia langsung tak tahu ada orangcuri rakam pula tu. Habis semua dia bagitahu segala rahsia dan komplot. Sebab ahli nujum dan peguam penasihat tak mengikut etika, muslihat masing- masing makan tuan. Bukan itu saja, dengan tuan masing-masing tergadai. Dalam filem itu, Sultan Masai tergadai negeri, dalam cerita moden, hakim tergadai maruah. Hairan, filem yang dah 40,50 tahun dulu masih sinonim sekarang. Saya tak pasti samada peristiwa yang sama atau hampir sama pernah terjadi masa zaman P.Ramleehidup dulu.


Musang Berjanggut, satu filem yang begitu klasik penyampaiannya kerana iasatu- satunya komedi sinikal yang berprofil tinggi yang dihasilkan P.Ramlee.Maksudnya, ceritanya ini memaparkan telatah kurang akal disebalik jawatan dan protokol pemerintah bila berdepan dengan godaan wanita. Berprofil tinggi keranakononnya yang terlibat ialah Baginda Sultan, Menteri dan Orang Besar Kerajaan.Ada yang sanggup jadi kerusi, kuda tunggangan, hiasan rumah dam macam-macamlagi kerana wanita.Masing-masing cuba menyembunyikan kebobrokan sendiri, padahal mereka saling tahu tentang kebobrokan sesama mereka. Namun, salah seorang akan menjadi mangsauntuk menyedarkan tentang kebobrokan masing-masing.Seronoknya, bila dibuka peti yang kononnya ada musang terperangkap,masing- masing terpinga-pinga, dan segala orang besar istana, Menteri danBaginda sendiri tahu yang rahsia mereka dah diketahui. Musang yang tertangkapitu pula ialah orang kuat Baginda sendiri. Orang kuat Baginda terperangkap sebab menyorok dalam tempat yang salah padawaktu yang salah. Jadi lah dia mangsa untuk dijadikan bukti dihadapan Sultan.Sultan pula tergamam tak terkata.Namun kisah ini tidak disulami dengan kematian atau letupan tapi disudahi puladengan 'happy ending' sebagai satu bentuk memohon maaf dari P.Ramlee jikamenyinggung pihak tertentu.


Tajam sungguh sindiran P.Ramlee itu, dankebelakangan ini, filem tersebut seperti terkeluar dari senarai rancangan TVjika ada slot untuk tayangan filem-filem P.Ramlee.P.Ramlee ialah pengkritik sosial terhebat melalui medium filem danfilem- filemnya dah sampai satu peringkat macam cerita rakyat sebab sentiasa sinonim dengan apa zaman pun. Cerita rakyat macam Aladdin, Golden Egg Goose,Luncai dan labunya, tetap segar walaupun dah beratus tahun, moralnya masih relevan, tak kira zaman. Cerita P.Ramlee akan jadi begitu juga. Ada banyak lagiyang tersirat, banyak moral kalau diteliti setiap filem P.Ramlee. Apa yang P.Ramlee karyakan memang terjadi dulu,sekarang dan masa akan datangjuga. Beliau ada kemahiran mengutarakan isu-isu kronik dengan secara sinis dantidak menghentam orang secara terus tapi secara berseni sekali. P.Ramlee sebenarnya mengajak orang Melayu berfikir, melihat cermin dan menilai dirisendiri. Tak ramai yang dapat melihat apa yang dilihat P.Ramlee menerusikaryanya. Bagi mereka yang faham, terasa tersindir. Tapi yang tak sedar diri,terbahak-bahak gelak, kemudian terdiam sekejap sebab tersedar yang dia gelakan diri sendiri .... hahaha..... --

Ahad, 18 Oktober 2009

Inilah kerajaan yang ditunggu-tunggu!

PAS perlu jadi kerajaan yang ditunggu


HULU TERENGGANU, 17 Okt: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi 'kerajaan yang ditunggu'.Ini, katanya kerana perkembangan yang berlaku pada hari ini sangat menuntut kepada parti politik dan gerakan Islam yang disegani dalam negara kita.Tambahnya, keruntuhan sistem sekular yang mengasingkan urusan dunia dengan agama memerlukan Islam sebagai pilihan. "Sebagai wadah yang membawa Islam, PAS seharusnya disegani dan dihormati agar ianya mudah untuk diterima oleh semua pihak termasuk golongan bukan Islam," ujarnya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-13 yang bertemakan "Berubah Untuk Kemenangan Islam" di Markas Tarbiah PAS Kubang Lembik, Manir, hari ini.
Turut berucap ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan pengarah ijtimak, Ustaz Saiful Bahri Mamat.Menurutnya, Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh Umno kini semakin hampir kepada zaman kejatuhan sebagaimana yang berlaku kepada parti-parti sezaman dengannya.
Beliau mengambil contoh Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun, Parti Golkar di Indonesia dan parti-parti lain yang telah mengalami penyakit tua sebagaimana Umno dan BN di Malaysia.Tambahnya, golongan yang jatuh itu akan digantikan oleh parti yang mendapat sokongan rakyat."Oleh itu, PAS mestilah mempunyai budaya kerja untuk menjadi kerajaan yang ditunggu," ujarnya.Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, PAS sewajibnya menilai diri untuk menentukan keabsahannya sebagai sebuah gerakan Islam yang berkesan melalui kelayakan dan kemampuan untuk menangani gerakan dan politik semasa."Sebagai sebuah gerakan Islam, kita perlu bertanya; pertama, adakah daya jihad dan ketekunan ahli PAS dalam perjuangan berdaya saing dan berorientasi?" ujarnya lagi.Selain itu, tanya beliau, adakah sumber manusia dan kewangannya pada tahap yang munasabah dan, ketiga, adakah penguasaan ilmu, maklumat dan kemahiran mengatasi pihak lawan.
Katanya, persoalan-persoalan itu memerlukan renungan yang mendalam dan kecekalan hati untuk menjawabnya."Insya Allah, tuan puan tidak berasa ragu sedikit pun dengan semangat dan daya juang yang ada untuk menggarap persoalan-persoalan di atas dan mengatasi kekurangannya, seterusnya berhadapan dengan mereka yang menentang dan berniat jahat terhadap kita," katanya.Tambahnya, ini bermakna untuk mendapatkan kemenangan, pejuang Islam mestilah terlebih dahulu berubah daripada negatif kepada positif, daripada maksiat kepada taat dan daripada perpecahan kepada perpaduan.Justeru, katanya, kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri. _Harakahdaily/-

Cara Umno tidak perlu ditiru!

Hakikatnya UMNO juga turut mempunyai masalah dalaman. Tetapi biarlah parti haprak itu runtuh sekalipun, kerana sekian lamanya sikap kebanyakan pemimpin UMNO hari ini juga tidak mencerminkan objektif sebenar Umno tertubuh.
Peliknya bila PKR juga turut ditempiasi oleh kebobrokan parti Umno. Bagaikan hilang rasional PKR bila perebutan kuasa dan iri hati turut mewarnai nawaitu ramai pemimpin. Ini bahaya! PKR Sabah berdesas desus tentang rakusnya PKR pusat. Pelik, perlu apa ada pemimpin PKR pusat mahu mendominasi segala keputusan dan hala tuju. Niat kita sama, mahu menumbangkan Umno. Biarlah pemimpin tempatan mengatur strategi. Campur tangan begini hanya sekadar memburukkan keadaan. Timbul pula kata2 PKR pusat tidak punya rasa percaya kepada pimpinan tempatan.
PKR tidak perlu meniru gaya Umno. Gaya Umno telah terbukti hanya sekadar menjadi barah....

Sabtu, 3 Oktober 2009

Isa..calon yang dah reput...


Dah kenalah tu..parti yang tidak ada moral mencalonkan calon yang juga tidak bermoral. Secara logiknya walaupun calon UBN ini Islam, namun orang Islam yang waras wajar menolaknya. Bukan kerana calon UBN ini tidak cukup tinggi, tetapi kerana calon ini tidak punya ketinggian moral. Pendek kata, tidak tahu malu! Amat malang kiranya warga Bagan Pinang mengutamakan parti tanpa melihat siapa calonnya.
Masih terngiang bagaimana Isa tergamak mempersendakan hukum dan sunnah beberapa tahun lalu. Hanya kerana mahu memenangi hati orang bukan Islam khususnya orang cina. Dia bercakap ikut sedap mulut dia. Hallo..Umno bukan Tuhan!
Logiknya, Isa calon reput untuk Umno dan calon tersadai untuk warga Bagan Pinang. Malang bagi umat Islam jika inilah individu yang akan diangkat sebagai pemimpin!
Tanyalah diri, apa nikmat bersubahat...dengan mengundinya?

Rabu, 16 September 2009

Yang ditemui, yang hilang...






"Rasul melayu" akhirnya diberkas.







Masih hilang?







Juga masih hilang?



Ayah Pin..hilang dilangit?


Sengaja dihilangkan? Mungkin Najib dan Rosmah ada jawapannya...mungkin...

Mahkamah kita,undang-undang....siapa?

1
Anwar's application to bar prosecutors dismissed
Hafiz Yatim Sep 16, 09 3:50pm
The Kuala Lumpur High Court's Appellate and Special Powers division today dismissed Anwar Ibrahim's application to replace the prosecutors in his sodomy trial.
2
Mahkamah gantung pembubaran Balkis
Sep 16, 09 5:08pm
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan penggantungan perlaksanaan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).Bagaimanapun Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar memutuskan Kompleks Wawasan Balkis boleh diuruskan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti) sehingga tamat kes tersebut.
3
Apa sudah jadi dengan laporan polis yang telah dibuat oleh "Sekretariat Anak Muda Malaysia" (SAMM) yang di Ketuai Oleh Ketua AMK Badrul Hisham Shaharin pada 21 Oktober tahun lalu?Laporan tersebut meminta pihak polis membuka siasatan keatas dakwaan penglibatan Timbalan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes kematian wanita Mongolia, Altantuya.Kumpulan tersebut telah membuat laporan dibalai polis Dang Wangi.Ketua polis Dang Wangi , Mohamed Zulkarnain Abd Rahman pernah mengesahkan menerima laporan tersebut dan berjanji polis akan menyiasatnya.Najib dikatakan telah menyalah gunakan kuasa dan kedudukannya dalam kes tersebut.Najib, bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Kumpulan tersebut telah menyertakan 21 muka surat dokumen kepada polis yang mendakwa penglibatan Najib dengan pembelian kelengkapan alatan tentera .Mereka turut meminta polis menyiasat penglibatan Najib dalam pembelian helikopter Eurocopter semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.Telah hampir setahun berlalu, laporan polis oleh Pakatan Rakyat semakin menimbun dan terus menimbun. Haprak betul polis kita nih!

Sabtu, 12 September 2009

Isa Samad perlu sedar diri!


Jika benarlah Umno sanggup mengambil risiko dengan mencalonkan 'orang tua' ini, laxmana cuma nak ucapkan syabas! Mudah2an sindrom Permatang Pasir membarah pula di Port Dickson. Mudah2an 'si tua pendek' ini mampu membuat upset disebalik reputasi buruknya.
Rupanya, Isa masih terlalu mengharap untuk kembali dalam politik. Rupanya Isa tidak lagi serik-serik untuk sentiasa berdepan dengan lembaga displin parti kamu yang entah apa-apa itu. Itulah sebab Isa sentiasa berani untuk terus 'berasuah'. Bertuahlah orang Bagan Pinang jika ber YB kan si tua pendek yang seolahnya langsung tidak kenal dosa!
Kata Isa di dalam akhbar Sinar bila bercakap tentang moral : Pembangkang pun apa bezanya, ada yang keluar penjara pun boleh jadi MP, di dalam penjara pun masih boleh bergelar YB!
Bezanya, mereka dikatakan bersalah walaupun perbicaraan tentang kesalahan mereka jelas mengelirukan, mereka tetap dipenjarakan. Tetapi kamu Isa, kamu telah didapati bersalah, malah apa sekalipun alasan kamu nrasuah tetap merupakan dosa yang besar dan terkutuk, namun undang-undang parti kamu tidak mengapa-apakan pula kamu, hanya sekadar digantung sebagai ahli parti...wajarnya kamu dipenjarakan kerana merasuah!

Khamis, 10 September 2009

Kita MINUM sampai mabuk duluuuu!!


KUALA LUMPUR, Sept 10 — Mirzan Mahathir, the eldest son of Tun Dr Mahathir Mohamad was recently appointed to the board of San Miguel Corp, the biggest food and beverage conglomerate in the Philippines and the owner of San Miguel Brewery Inc.
Mungkin nanti Tun M akan berkata begini : Anda tidak sewajarnya melabelkan Mirzan sebagai seorang pemabuk hanya kerana beliau mempunyai sedikit saham di situ. Mirzan seorang peniaga. Saham beliau tidak memperlihatkan beliau seorang kaki minum. Saya kenallah anak saya.

Rabu, 9 September 2009

Umno wajar dikhianati?

Anwar tidak mengkhianati melayu! Anwar cuma mengkhianati parti Umno yang dibarisi oleh sebahagian besar pemimpin yang korup! Itu adalah dua perkara berbeza. Jangan ada yang tersalah fahaman. Umno bukan bererti melayu keseluruhan. Kerana ada juga orang melayu yang selesa menghuni parti lain selain Umno. Tidak semua orang melayu berada di dalam Umno dan menyokong Umno!
Anwar cuma keluar dari Umno setelah Umno tidak betah lagi memberikan alasan terbaik dan benar kenapa dan mengapa Anwar perlu disingkirkan. Lalu Anwar membuka lembaran baru bersama PKR. Parti baru yang menhimpunkan seluruh bangsa di dalam satu parti. Adakah itu bererti Anwar mengkhianati melayu? Atau Umno sebenarnya terasa dikhianati Anwar?
Pemimpin Umno yang bebal hari ini memainkan slogan Anwar pengkhianat melayu. Lalu disambut oleh ahli Umno bebal yang lain. Mereka sengaja membesarkan isu itu, walhal mereka tahu sebenarnya Anwar tidak mengkhianati bangsanya, tetapi Anwar mengkhianati Umno! Parti Umno, bukan bangsa melayu seperti momokan pemimpin bebal Umno! Sewajarnya Umno dikhianati!
Zahid menghiris hati melayu dengan bertemu muka dengan pemimpin yahudi laknatullah. Tidak pula kita dengar lolongan makian dari ahli Umno atau pemuda Umno? Kenapa? Mengapa tidak ada protes besar-besaran?
Sebenarnya banyak lagi, kebongokan tingkah laku Umno hari ini yang wajar dipaparkan bagi menyedarkan umat bahawa Umno tidak wajar lagi menjadi medium bergantung harap kepada bangsa melayu. Disebalik slogan patriotik dan kenegaraan, mereka sebenar sudah lama memperbodohkan melayu!

Isnin, 7 September 2009

Mudah2an mereka diberikan petunjuk..





Memang sedih ila melihat betapa cukup kurang ajarnya anak-anak muda ini. Tetapi bila dikenangkan bapak2 mereka di dalam Umno juga masih juga kencing berdi ri malah berlari, ini semua tidak akan menghairankan. Bila bapak dah memang suka dengan kecelakaan dan laknat, maka benih yang keluar juga mungkin sama celakanya.


Mohon Allah berikan hidayah kepada anak muda di atas

Ahad, 6 September 2009

Inilah Umno...di hari ini..







Sabtu, 5 September 2009

Pemimpin PR gentleman.


Islam cara Umno? Mereka berahi merobohkan surau, mereka marah kuil dibina. Jadi apa sebenarnya mereka mahu? Bila Islam tidak memperlihatkan toleransi sejajar dengan seruannya selama ini, maka persepsi orang bukan Islam lebih negatif. Dalam isu kuil, kerajaan negeri cuba bersikap adil, namun Umno dengan tidak semena-mena menjadi terlalu Islamik pula. Sejak bila?
Banyak isu yang berbangkit selama BN menerajui Selangor. Tinggal lagi banyak juga isu yang tidak diperbesarkan sebagaimana PR hari ini. Media Umno terlalu memihak pada kebangsatan Umno.
Sekali lagi, kepimpinan PR, tahniah! Anda berani!
Laxmana : peliknya, tiada pula tangkapan dibuat bila pemimpin dihina secara terang-terangan begitu? Apa polis buat?

Ambil lesen, habis cerita..bukan susah pun.




GEORGE TOWN – Bazar Ramadan Jalan Penang dekat sini cukup sinonim dengan masyarakat Melayu Pulau Pinang sejak 24 tahun lalu. Selama ini, para peniaga menjual pelbagai barang, kuih-muih, juadah berbuka serta persiapan menyambut perayaan dengan lesen sementara yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Bagaimanapun, tradisi selama 24 tahun itu terhenti apabila MPPP menghentikan pengeluaran lesen atas alasan Bazar Ramadan di situ mengganggu kelancaran lalu lintas.



Tindakan MPPP itu dianggap oleh para peniaga sebagai berat sebelah kerana mereka mendakwa, pihak berkuasa tempatan itu hanya ‘menutup sebelah mata’ dengan membiarkan ratusan penjaja haram berniaga di kaki lima bandar ini sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Laxmana : Susah sangat ke nak ambil lesen? Orang lain boleh pulak bersusah payah ambil lesen, kenapa kamu yang melolong ni nak ambil jalan mudah? Hatta kamu dah berniaga 130 tahun pun, kalau tidak patuh pada peraturan apa maknanya? Jangan pentingkan diri sendiri. Apa yang kerajaan negeri buat sememangnya mengikut undang-undang. Adil untuk mereka yang berniaga dan berlesen.Kalau nak ikut undang-undang Umno, duduklah negeri yang Umno tadbir..x susahkan? satu lagi, jadah apa orang bukan melayu berniaga di Bazar Ramadhan? jual pasembor?

Peliknya bila ini semua berlaku dikala PR memerintah!


Sesetengah mereka berpendapat, dialog di antara kepimpinan kerajaan Negeri Selangor dan penduduk seksyen 23, tidak ubah seumpama luahan kebencian, rasa marah yang bukan berdasarkan kepada isu kuil, tetapi lebih kepada ketidakpuasan hati kerana Selangor ditadbir PR. Mereka yang marah menggila (kononnya), adalah dipercayai penyokong Umno totok yang masih belum boleh menerima hakikat bahawa Umno talah ditolak sebahagian besar rakyat Selangor!. Isu kuil hanyalah sebagai wayang. Mungkin juga mereka adalah 'wakil bekas pemimpin' Umno yang dahulu.



Peliknya, isu kampung Berembang tidak pula dibela sebegini hebat.

Peliknya kilang arak yang mendada megah di tepian lebuhraya itu tidak pula disanggah sebegini hebat.

Peliknya kebiadapan Khir Toyo menyerahkan penyapu kepada sebahagian besar panjawat awam melayu tidak pula dibantah seribut ini.

Peliknya isu Murtad tidak ada sesiapa yang melolong, hatta mufti pun membatu!

Peliknya ini semua berlaku bila PR memerintah!


Apapun tabik pada YAB Menteri Besar Selangor yang sangat gentleman berhadapan isu ini. Ali Rustam sendiri menghilang sewaktu isu babi di Paya Mengkuang!


Peliknya, siapa yang melepaskan lembu-lembu gila ini?

Jumaat, 4 September 2009

Jangan kita pula yang sesat!


Kadang-kadang orang politik bagaikan penunggu ajal! Mereka yang kehilangan tentunya bersedih, namun jangan pula kita meraikan kematian bagaikan pesta kemenangan. Itu sesuatu yang belum pasti!



Takziah buat keluarga YB Bagan Pinang.

Rabu, 2 September 2009

Umno tidak jantan lagi!

Keputusan SPR mengekal kerusi Kota seputeh hanya sekadar memperlihatkan kebaculan Umno. Ini bukan parti yang sepatutnya dibanggakan rakyat. agi mereka yang tahu menggunakan otak, tentu tahu menilai.
Umno, hilang kejantanannya.

Selasa, 1 September 2009

Peliknya keputusan SPR tentang Kota Seputeh!


Sudah terang lagi bersuluh! Memang SPR keldai tunggangan Umno! Mana mungkin ADUN yang sudah dua kali tidak hadir sidang DUN masih dibenarkan memegang jawatan tersebut. Apakah SPR takut untuk melaksanakan pilihanraya di Kota Seputeh kerana gusar BN akan tewas disitu nanti. Nampaknya, kini terbukti benar bahawa SPR melaksanakan pilihanraya mengikut arahan pemimpin UMNO sendiri. Dengan keputusan ini bermakna BN kekal kerusi itu dan ia menyebabkan rakyat di kawasan Kota Seputeh kini terpaksa mempunyai wakil rakyat "bangkai hidup" yang tidak boleh berfungsi apa-apa untuk membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri. Apakah ini caranya yang dimahukan oleh BN? - Pahang daily

1 Malaysia ciplak ketuanan Malaysia?

Apa bezanya ketuanan Malaysia yang DSAI canangkan dengan 1 Malaysia ciptaan Najib? Bezanya pada slogan, pada komersial. Satu perkara pokok yang perlu kita faham, 1 Malaysia mungkin menciplak idea bernas DSAI. Di mana saranan ketuanan Malaysia benar2 mampu diterima oleh ramai pihak.
Lantaran, wajar kita melihat Najib adalah seorang PM yang tidak kreatif . Kalaulah ketuanan Malaysia dipatenkan....

Selangor bakal dirampas seperti Perak?


Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.


Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.


Laxmana : Kenyataan terbuka Najib ini perlu dilihat secara rasional. Dengan cara apa Najib akan merampas Selangor? Apakah melalui pilihanraya atau pun 'pembelian maruah"? Jika apa yang berlaku di Perak bakal berlaku di Selangor, Najib hanya sekadar memburukkan lagi sokongan rakyat pada BN. Hari ini sebahagian besar rakyat Perak terpaksa bersabar sementara menunggu PRU yang akan datang. Kebencian pada BN akan melimpah seumpama bah..

Isnin, 31 Ogos 2009

Naik..naik...

Harga petrol naik esok - Inilah hadiah kemerdekaan untuk 1 Malaysia!

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.


Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

Ahad, 30 Ogos 2009

Salam merdeka untuk 1 Malaysia


Patriotik bukan bererti mendokong pemerintah. Patriotik ialah mempertahankan negara nusa bangsa ini dari ancaman luar yang berhasrat merampas bumi tercinta ini. Mengasihi budaya bangsa, menjunjung makna kekitaan dalam rumpun bangsa,etnik yang berbeza. Paling utama, patriotik perlu semarak dengan ketaatan dan kepatuhan pada Tuhan, pada agama. Menyokong pemerintah bukan elemen kesempurnaan patriotisme. Jika ada individu dari pemerintah sendiri yang sumbang dan tercela tingkahnya, maka di atas nama negara bangsa, singkirkan dia. Jika satu pemerintah membuat onar celaka, maka pemerintah itu wajib diturunkan dengan cara saksama. Iman dinilai bila kita cinta pada negara, bukan pemerintah!


Merdekalah bangsaku, negaraku, tanah tumpah darahku. Tuhanku, merdekakan tanah ini dari penguasa yang durjana!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Siapa bela lembu ini?




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.



Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Laxmana : Ada lembu dari kandang Umno yang terlepas agaknya!

Khamis, 27 Ogos 2009

Fahaman Marina Mahathir - tranungkite


Beginilah bunyinya bila si jahil agama mahu bercakap mengenai hukum Allah. Kata Marina Mahathir: "These types of punishments are in the books. Whether they are used or not is something else," Marina said, nothing that many Muslim women do drink in Malaysia. "It is really between men and God. That's how it should be. The Quran is clear that alcohol is prohibited but it does not impose a punishment."


(1) Adakah kesalahan minum arak itu ialah 'hal antara manusia dengan tuhan'? ("It is really between men and god") Ini ialah pendapat yang sangat merbahaya. Kalau macam tu tak solat, tak puasa, tak keluar zakat dan macam lagi kira hal antara manusia dengan tuhan jugalah jika orang Islam tidak mahu melakukannya?


(2) " . . . it (The Quran) does not impose a punishment" Dari mana Marina dapat ajaran ini dalam Islam sedang sudah jelas hukum meminum arak ialah rotan antara 40 ke 80 kali sebatan. Awas! Pendapat-pendapat yang merbahaya ini. Tidakkah mufti Perak dan mufti-mufti lain mahu komen dan menghalang pemimpin Sisters In Islam yang jahil Islam ini dari bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, dan malah tidak wujud dalam Islam?


Laxmana : bapa borek anak rintik!

Hentikan Umno di situ!


Mutakhir ini sewajarnya umat melayu sudah boleh menilai apa dan siapa UMNO? Satu persatu kebodohan sikap dan kisah terdedah kepada umum. Bagaimana rakusnya Umno mempergunakan jentera kerajaan. Bagaimana sistem perundangan mampu dimanipulasikan bagi memastikan momentum kuasa selaku pemerintah. Dengan kisah Kartika juga kita diperlihatkan bagaimana sebenarnya persepsi Umno pada undang-undang syariah? Mereka tidak mengendahkan sangat perihal syariah. Sedangkan itu undang-undang Islam. Kartika mohon disebat, menteri pula cuba memberi dalih untuk tidak dijalankan hukuman tersebut. Betapa mereka sekadar mengaku Islam, tetapi tidak pula meyakini apa yang Allah telah tetapkan. Begitulah bila manusia terasa diri lebih hebat dari Tuhan!


Akhirnya dengan sikap menteri dan pemimpin yang memperlekehkan hukum Islam, membiaklah segala macam kejahatan, zina, judi 1001 maksiat di muka bumi bertuah Malaysia ini. Fahaman sekular Mahathir jika berterusan diguna pakai hanya bakal membawa musibah kepada umat Islam Malaysia. Susah sangatkah mahu berpandukan Al Quran?


Lihat bagaimana dan apa kesudahan laporan DSAI pada Mahkamah Syariah? Alasan Mahkamah Syariah mereka masih menyiasat! Janganlah berdolak dalik, katakan sahaja apa yang sebenarnya. Adakah wahyu dari Putrajaya yang turun lalu mengarahkan agar dilengahkan...


Krisis di dalam MCA juga wajar meletakkan mentaliti Malaysia di aras yang lebih rasional. Betapa duit satu 'permainan' biasa di dalam parti. Betapa rasuah adalah makanan exotic yang cukup menggairahkan buat si pelahap.


Cukuplah Umno. Hentikan Umno di situ. Umno hari ini sudah terlalu rosak. Umno layak digelar parti pembohong. Itu kenyataan. Percayalah, Umno tidak mungkin terbang lebih jauh...


Selasa, 25 Ogos 2009

Ini Fitnah! TPM jangan buat cerita!

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.
Laxmana : Jangan memandai nak ubah cerita. Pengundi Padang Pasir..opss..Permatang Pasir bukan tidak mahukan perubahan, tetapi sebenarnya mereka sudah tidak mahukan UMNO!!! Itu yang sebenarnya. Takkanlah susah sangat nak faham. Selepas kalah barulah terdengar nada itu dan nada ini, masa berkempen Umno macam Tuhan. Semuanya beres dengan 'magic of power'!

Bila si Jahil berbicara tentang hukum!


Hukuman sebat ditangguh kerana tiada jurusebat
25/08/2009 4:21pm


PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguh kerana Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai jurusebat bertauliah untuk laksana hukuman syariah, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan
Laxmana: Atau Umno sekadar memperlihatkan keegoan mereka untuk tidak mahu merealisasikan hudud. Shahrizat Jahil pula melaung2 untuk tidak dijalankan hukuman ini khuatir undang2 syariah menimbulkan gerun yang teramat kepada orang bukan Islam. Memanglah..rata-rata pemimpin Umno cukup Jahil! jahil!

Isnin, 24 Ogos 2009

Andainya Umno tanpa mereka...


Siapalah musibat ini tanpa jentera-jentera kerajaan yang dikerah berterusan? Hampir..hampir kesemua yang sepatutnya menjadi pelindung rakyat kini dilihat menjadi pelindung kepada musibat ini. Peliknya mereka tidak pula rasa bersalah. Kononnya UMNO masih berada di pihak yang benar.


Laxmana berpendapat, Umno yang dulu memang jelas berjiwa rakyat. Merdeka diusahakan dan dihadiahkan buat rakyat. Malangnya, pemimpin Umno hari ini bagaikan mendahului dajjal. Mereka tetap berdendang tentang 'kebaikan' Umno yang dulu sedangkan disebalik tabir mereka mentertawakan kebodohan rakyat yang telah diperbodohkan oleh mereka.


Bayangkanlah Umno tanpa ada sesiapa yang membela dan melindungi? Bayangkanlah Umno ditelanjangkan oleh sistem kehakiman yang adil dan telus. Bagaimana agaknya?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz


KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:
‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’
Laxmana: Tanpa mahu berselindung, Laxmana bersetuju sangat dengan apa yang TGNA katakan. UMNO membawa fahaman Islam yang cukup berbeza. Musuh politik mereka tetap diganyang sekalipun pasti kebenaran memang wujud. Sedangkan kepincangan di dalam Umno akan dipadam atau dipertahankan kiranya pemimpin Umno itu masih diperlukan. TGNA tidak kata pun orang Umno, tetapi TGNA kata fahaman Islam yang dibawa oleh UMNO. Jangan melatah pada keadaan sosial anak muda hari ini kerana apa yang berlaku adalah dari jangkitan bapak2 dan ibu2 di dalam Umno juga!

Khamis, 20 Ogos 2009

Tolong jangan lupa!

Tolong jangan kita lupa. Sehingga kini Bala masih hilang! Ada sesuatu yang masih tersembunyi!
Tolong jangan lupa kita masih terus diperbodohkan!
Tolong jangan lupa, mutakhir ini Umno semakin ketara memperkudakan jentera kerajaan.
Tolong jangan lupa, masih banyak lagi laporan rasuah pemimpin tertinggi UMNO yang terperap begitu sahaja.
Tolong jangan lupa, jika di dunia fana kita bisa berbohong, kelak di alam baqa tiada yang tertutup!

Rabu, 19 Ogos 2009

Calon Umno Permatang Pasir diragui integritinya!


Jelas, calon Umno ini semakin diragui integritinya. Sejauh mana kejujurannya? Inikah calon yang Umno katakan terbaik? Cukup jelas, Umno semakin buta hati dan hilang arah.

Mufti Perak jangan merelakan diri sebagai kuda tunggangan UMNO!


Mufti Perak - geli pulak nak sebut nama penuhnya, bersuara dan mengulas kenyataan TG Nik Aziz yang dipetik dari akhbar puaka perdana. Betul juga kata TGNA, kenapa tidak bertanya terus kepadanya?


Akhbar puaka perdana hari ini tidak mungkin menyiarkan perkara benar tentang pemimpin PR. Itu sudah diketahui umum. Jadi kenapa Mufti Perak yang seorang ni masih menjadikan akhbar puaka perdana ini sebagai rujukan?


Banyak lagi isu besar yang beliau perlu lihat dan perbetulkkan di dalam UMNO. Bukan hanya menjadi kuda tunggangan pemimpin bongok Umno!


Serulah isteri pemimpin menutup aurat! Serulah pemimpin agar menjauhi arak! Serulah pemimpin agar jangan berzina! Serulah pemimpin kembali kepada Al Quran!! Serulah pemimpin takutkan Allah dan serulah untuk berlaku adil.....!!

Kenyataan rasmi Majlis Peguam II

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskanstatus Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.
Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara. Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.
George Varughese Secretary Malaysian Bar

Laxmana: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Bapa borek anak rintik...Umno...Umno...


Selasa, 18 Ogos 2009

Orang tua ini sudah sedar..

Jika UMNO terus dikekalkan, maka kita sebenarnya terus merelakan bumi bertuah ini digomol dan di perkosa oleh petualang bangsa yang berselindung disebalik laungan kemakmuran, keamanan, kesepaduan dan pelbagai lagi bahasa jiwa bangsa yang bernada patriotisme.
Hakikatnya selagi inilah rupa paras dan moral pemimpin Umno, rakyat Malaysia akan terus diperbodohkan! Beri peluang mereka mendedahkan apa yang rakyat Malaysia tidak tahu dan ingin tahu tentang kebobrokan pemimpin celaka ini!
- Kata seorang pakcik di sebuah warong kopi di sebuah kampung di Batang Melaka. Terdiam Laxmana....

Jumaat, 14 Ogos 2009

Takziah

Ustaz Asri 1969-2009

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan
program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Apalagi ayat yang paling sesuai?


Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA' - Malaysiakini

Yong Kai Ping & Ng Ling Fong Aug 12, 09 6:35pm

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Sabtu, 8 Ogos 2009

UTUSAN menggalakkan perjudian?



Utusan bila nak hapuskan keputusan judi 4D dalam akhbar? Bukankah Melayu itu itu Islam. Jadah apanya segala macam keputusan judi dipaparkan didalam akhbar yang kononya tunjang orang melayu ini? Atau adakah kekuatan Utusan hari ini bergantung pada hasil judi?


Benarkah AKHBAR UTUSAN dan banyak lagi akhbar arus perdana yang lain...Menjadi penyebar dan penggalak perjudian di dalam masyarakat? Hapuskan keputusan judi di akhbar2 jika benar judi itu merosakkan institusi keluarga dan masyarakat!
Laxmana :- Tidak tergamak nak suapkan ke mulut anak jika inilah sumbernya...nauzubillah..Rela beralih ke akhbar rakyat.

Siapa ARAK di sisi UMNO?

Umno dilihat bagaikan secara tiba-tiba mahu menjadi 'sahabat PAS' yang paling akrab. Tiba-tiba Umno dilihat seolahnya seperti parti komponen PAS yang kini asyik bercakap tentang betapa "HARAMNYA" arak pada orang Islam. Memang, UMNO boleh menjadi apa saja yang kita tidak terduga.
Hakikatnya, arak,judi,zina bukan asing di dalam Umno. Ini tradisi yang perlu ada di dalam meraikan sesuatu. Cuma tidaklah pula dihebahkan. Di dalam kapal terbang, bilik-bilik hotel, bilik dapur sendiri pun sebenarnya bersepah air setan itu! Pemimpin Umno mahu mendabik dada mempertahankan PAS?
Jangan kita lupa, kilang arak yang gah mendada di tepian lebuhraya di PJ itu siapa yang meluluskannya? Siapa benarkan arak dijual di kampung? Siapa yang 'meredhai' lesennya?
Cis! Umno, berkokok mengalahkan halilintar, ekor sendiri berlumut dengan najis!
Laxamana:- Kempen tentang implikasi buruk arak kepada masyarakat wajar digiatkan oleh Pemimpin PR. Jika rokok dan zina boleh kita jadikan kempen, kenapa tidak arak?

Buat pedoman


Laxamana - Makhluk tetap makhluk! Mana mungkin bisa menjadi Tuhan yang mencipta? Nauzubillah..

Umno benci arak?


Pelik!


Sekian lamanya ARAK bertapak di Selangor tidak ada sesiapa pun di kalangan Umno yang menangis dan susah hati. Nak membantah dengan cara berdemo ke jauh sangat.Tetapi bila meletup sahaja isu ini di kala PR mentadbir, barulah terlihat kelibat picisan Umno ini melaungkan perihal hukum dan hakam.


Cis!


Sejak bila pulak puak Umno ini pandai menghormati PAS? Sejak bila pulak puak Umno tersayat ulu hati dan sakit hati dengan arak? Sejak bila?


Laxmana - Tetap berpegang pada hukum Allah, arak itu haram!

Khamis, 6 Ogos 2009

Terpulanglah...

Ini dunia yang Tuhan cipta. Pakejnya datang bersama dengan pelbagai peraturan untuk manusia mentadbir sesama. Malangnya ramai manusia yang merasakan dirinya pula yang menjadi TUHAN! Terpulanglah...