? ??????????????Old Poster? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 431 Total Grabs. ??????Pre
view?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Lonely Road? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1210 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ? BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Isnin, 31 Ogos 2009

Naik..naik...

Harga petrol naik esok - Inilah hadiah kemerdekaan untuk 1 Malaysia!

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON97 daripada RM1.80 kepada RM2.05 mulai esok.
Manakala harga petrol RON95 yang dilancarkan hari ini - bagi menggantikan RON92 - dijual pada harga RM1.80 seliter.


Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.
Mei lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga petrol gred premium RON97 akan naik 20 sen kepada RM2 seliter, manakala petrol gred rendah RON95 akan dijual pada harga RM1.75 seliter.Bagaimanapun, kerajaan telah menambah lima sen lagi bagi harga kedua-dua gred tersebut.
Hari ini, Ismail yang melancarkan petrol RON95 berkata, harga RON95 terpaksa dinaikkan lima sen berbanding RM1.75 seliter seperti yang diumumkan Mei lalu kerana harga pasaran minyak dunia yang berubah kini.

Ahad, 30 Ogos 2009

Salam merdeka untuk 1 Malaysia


Patriotik bukan bererti mendokong pemerintah. Patriotik ialah mempertahankan negara nusa bangsa ini dari ancaman luar yang berhasrat merampas bumi tercinta ini. Mengasihi budaya bangsa, menjunjung makna kekitaan dalam rumpun bangsa,etnik yang berbeza. Paling utama, patriotik perlu semarak dengan ketaatan dan kepatuhan pada Tuhan, pada agama. Menyokong pemerintah bukan elemen kesempurnaan patriotisme. Jika ada individu dari pemerintah sendiri yang sumbang dan tercela tingkahnya, maka di atas nama negara bangsa, singkirkan dia. Jika satu pemerintah membuat onar celaka, maka pemerintah itu wajib diturunkan dengan cara saksama. Iman dinilai bila kita cinta pada negara, bukan pemerintah!


Merdekalah bangsaku, negaraku, tanah tumpah darahku. Tuhanku, merdekakan tanah ini dari penguasa yang durjana!

Jumaat, 28 Ogos 2009

Siapa bela lembu ini?




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.



Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Laxmana : Ada lembu dari kandang Umno yang terlepas agaknya!

Khamis, 27 Ogos 2009

Fahaman Marina Mahathir - tranungkite


Beginilah bunyinya bila si jahil agama mahu bercakap mengenai hukum Allah. Kata Marina Mahathir: "These types of punishments are in the books. Whether they are used or not is something else," Marina said, nothing that many Muslim women do drink in Malaysia. "It is really between men and God. That's how it should be. The Quran is clear that alcohol is prohibited but it does not impose a punishment."


(1) Adakah kesalahan minum arak itu ialah 'hal antara manusia dengan tuhan'? ("It is really between men and god") Ini ialah pendapat yang sangat merbahaya. Kalau macam tu tak solat, tak puasa, tak keluar zakat dan macam lagi kira hal antara manusia dengan tuhan jugalah jika orang Islam tidak mahu melakukannya?


(2) " . . . it (The Quran) does not impose a punishment" Dari mana Marina dapat ajaran ini dalam Islam sedang sudah jelas hukum meminum arak ialah rotan antara 40 ke 80 kali sebatan. Awas! Pendapat-pendapat yang merbahaya ini. Tidakkah mufti Perak dan mufti-mufti lain mahu komen dan menghalang pemimpin Sisters In Islam yang jahil Islam ini dari bercakap dan mengeluarkan kenyataan yang bertentangan, dan malah tidak wujud dalam Islam?


Laxmana : bapa borek anak rintik!

Hentikan Umno di situ!


Mutakhir ini sewajarnya umat melayu sudah boleh menilai apa dan siapa UMNO? Satu persatu kebodohan sikap dan kisah terdedah kepada umum. Bagaimana rakusnya Umno mempergunakan jentera kerajaan. Bagaimana sistem perundangan mampu dimanipulasikan bagi memastikan momentum kuasa selaku pemerintah. Dengan kisah Kartika juga kita diperlihatkan bagaimana sebenarnya persepsi Umno pada undang-undang syariah? Mereka tidak mengendahkan sangat perihal syariah. Sedangkan itu undang-undang Islam. Kartika mohon disebat, menteri pula cuba memberi dalih untuk tidak dijalankan hukuman tersebut. Betapa mereka sekadar mengaku Islam, tetapi tidak pula meyakini apa yang Allah telah tetapkan. Begitulah bila manusia terasa diri lebih hebat dari Tuhan!


Akhirnya dengan sikap menteri dan pemimpin yang memperlekehkan hukum Islam, membiaklah segala macam kejahatan, zina, judi 1001 maksiat di muka bumi bertuah Malaysia ini. Fahaman sekular Mahathir jika berterusan diguna pakai hanya bakal membawa musibah kepada umat Islam Malaysia. Susah sangatkah mahu berpandukan Al Quran?


Lihat bagaimana dan apa kesudahan laporan DSAI pada Mahkamah Syariah? Alasan Mahkamah Syariah mereka masih menyiasat! Janganlah berdolak dalik, katakan sahaja apa yang sebenarnya. Adakah wahyu dari Putrajaya yang turun lalu mengarahkan agar dilengahkan...


Krisis di dalam MCA juga wajar meletakkan mentaliti Malaysia di aras yang lebih rasional. Betapa duit satu 'permainan' biasa di dalam parti. Betapa rasuah adalah makanan exotic yang cukup menggairahkan buat si pelahap.


Cukuplah Umno. Hentikan Umno di situ. Umno hari ini sudah terlalu rosak. Umno layak digelar parti pembohong. Itu kenyataan. Percayalah, Umno tidak mungkin terbang lebih jauh...


Selasa, 25 Ogos 2009

Ini Fitnah! TPM jangan buat cerita!

Pengundi Permatang Pasir tidak mahukan perubahan - Muhyiddin

BUKIT MERTAJAM: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.

"Kita menerima keputusan ini kerana mengikut apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen dan kita menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Pada pilihan raya itu, calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, menewaskan calon BN, Rohaizat Othman, 38 dengan majoriti 4,551 undi.

Sambil mengucapkan tahniah kepada calon Pas beliau berkata isu melibatkan calon yang dieksploitasi pembangkang juga menjadi faktor kepada kekalahan BN.

Selain itu, Muhyiddin berkata Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dan merupakan kubu kuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi faktor kepada kekalahan BN.
Laxmana : Jangan memandai nak ubah cerita. Pengundi Padang Pasir..opss..Permatang Pasir bukan tidak mahukan perubahan, tetapi sebenarnya mereka sudah tidak mahukan UMNO!!! Itu yang sebenarnya. Takkanlah susah sangat nak faham. Selepas kalah barulah terdengar nada itu dan nada ini, masa berkempen Umno macam Tuhan. Semuanya beres dengan 'magic of power'!

Bila si Jahil berbicara tentang hukum!


Hukuman sebat ditangguh kerana tiada jurusebat
25/08/2009 4:21pm


PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat Kartika Sari Dewi Shukarno ditangguh kerana Jabatan Penjara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai jurusebat bertauliah untuk laksana hukuman syariah, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - Utusan
Laxmana: Atau Umno sekadar memperlihatkan keegoan mereka untuk tidak mahu merealisasikan hudud. Shahrizat Jahil pula melaung2 untuk tidak dijalankan hukuman ini khuatir undang2 syariah menimbulkan gerun yang teramat kepada orang bukan Islam. Memanglah..rata-rata pemimpin Umno cukup Jahil! jahil!

Isnin, 24 Ogos 2009

Andainya Umno tanpa mereka...


Siapalah musibat ini tanpa jentera-jentera kerajaan yang dikerah berterusan? Hampir..hampir kesemua yang sepatutnya menjadi pelindung rakyat kini dilihat menjadi pelindung kepada musibat ini. Peliknya mereka tidak pula rasa bersalah. Kononnya UMNO masih berada di pihak yang benar.


Laxmana berpendapat, Umno yang dulu memang jelas berjiwa rakyat. Merdeka diusahakan dan dihadiahkan buat rakyat. Malangnya, pemimpin Umno hari ini bagaikan mendahului dajjal. Mereka tetap berdendang tentang 'kebaikan' Umno yang dulu sedangkan disebalik tabir mereka mentertawakan kebodohan rakyat yang telah diperbodohkan oleh mereka.


Bayangkanlah Umno tanpa ada sesiapa yang membela dan melindungi? Bayangkanlah Umno ditelanjangkan oleh sistem kehakiman yang adil dan telus. Bagaimana agaknya?

Jumaat, 21 Ogos 2009

Isu masuk syurga: Transkrip kenyataan Nik Aziz


KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos lalu.
Berikut ialah transkrip rakaman audio yang disiarkan oleh Buletin Utama:
‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO.

‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’
Laxmana: Tanpa mahu berselindung, Laxmana bersetuju sangat dengan apa yang TGNA katakan. UMNO membawa fahaman Islam yang cukup berbeza. Musuh politik mereka tetap diganyang sekalipun pasti kebenaran memang wujud. Sedangkan kepincangan di dalam Umno akan dipadam atau dipertahankan kiranya pemimpin Umno itu masih diperlukan. TGNA tidak kata pun orang Umno, tetapi TGNA kata fahaman Islam yang dibawa oleh UMNO. Jangan melatah pada keadaan sosial anak muda hari ini kerana apa yang berlaku adalah dari jangkitan bapak2 dan ibu2 di dalam Umno juga!

Khamis, 20 Ogos 2009

Tolong jangan lupa!

Tolong jangan kita lupa. Sehingga kini Bala masih hilang! Ada sesuatu yang masih tersembunyi!
Tolong jangan lupa kita masih terus diperbodohkan!
Tolong jangan lupa, mutakhir ini Umno semakin ketara memperkudakan jentera kerajaan.
Tolong jangan lupa, masih banyak lagi laporan rasuah pemimpin tertinggi UMNO yang terperap begitu sahaja.
Tolong jangan lupa, jika di dunia fana kita bisa berbohong, kelak di alam baqa tiada yang tertutup!

Rabu, 19 Ogos 2009

Calon Umno Permatang Pasir diragui integritinya!


Jelas, calon Umno ini semakin diragui integritinya. Sejauh mana kejujurannya? Inikah calon yang Umno katakan terbaik? Cukup jelas, Umno semakin buta hati dan hilang arah.

Mufti Perak jangan merelakan diri sebagai kuda tunggangan UMNO!


Mufti Perak - geli pulak nak sebut nama penuhnya, bersuara dan mengulas kenyataan TG Nik Aziz yang dipetik dari akhbar puaka perdana. Betul juga kata TGNA, kenapa tidak bertanya terus kepadanya?


Akhbar puaka perdana hari ini tidak mungkin menyiarkan perkara benar tentang pemimpin PR. Itu sudah diketahui umum. Jadi kenapa Mufti Perak yang seorang ni masih menjadikan akhbar puaka perdana ini sebagai rujukan?


Banyak lagi isu besar yang beliau perlu lihat dan perbetulkkan di dalam UMNO. Bukan hanya menjadi kuda tunggangan pemimpin bongok Umno!


Serulah isteri pemimpin menutup aurat! Serulah pemimpin agar menjauhi arak! Serulah pemimpin agar jangan berzina! Serulah pemimpin kembali kepada Al Quran!! Serulah pemimpin takutkan Allah dan serulah untuk berlaku adil.....!!

Kenyataan rasmi Majlis Peguam II

Merujuk kepada pertanyaan-pertanyaan dari pihak media, kami ingin menjelaskanstatus Rohaizat Othman sebagai peguambela dan peguamcara.Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara menyingkir Rohaizat Othman dari Senarai Peguambela dan Peguamcara pada 7 March 2008 selepas beliau didapati bersalah kerana penyelewengan.Keputusan Lembaga Disiplin dibuat selepas penyiasatan terhadap aduan yang dibuat terhadap Rohaizat Othman oleh seorang pembeli. Menurut aduan tersebut, Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan.
Rohaizat Othman merayu terhadap keputusan Lembaga Disiplin ke mahkamah Tinggi, dan rayuan tersebut ditolak pada 12 Ogos 2009. Oleh itu, beliau secara undang-undang, tidak layak untuk mengamalkan undang-undang sebagai peguambela dan peguamcara. Keputusan Lembaga Disiplin terhadap Rohaizat Othman adalah secara peribadi, dan Lembaga Disiplin tidak akan menghukum seseorang peguam itu atas kesalahan rakan kongsinya.
George Varughese Secretary Malaysian Bar

Laxmana: Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Bapa borek anak rintik...Umno...Umno...


Selasa, 18 Ogos 2009

Orang tua ini sudah sedar..

Jika UMNO terus dikekalkan, maka kita sebenarnya terus merelakan bumi bertuah ini digomol dan di perkosa oleh petualang bangsa yang berselindung disebalik laungan kemakmuran, keamanan, kesepaduan dan pelbagai lagi bahasa jiwa bangsa yang bernada patriotisme.
Hakikatnya selagi inilah rupa paras dan moral pemimpin Umno, rakyat Malaysia akan terus diperbodohkan! Beri peluang mereka mendedahkan apa yang rakyat Malaysia tidak tahu dan ingin tahu tentang kebobrokan pemimpin celaka ini!
- Kata seorang pakcik di sebuah warong kopi di sebuah kampung di Batang Melaka. Terdiam Laxmana....

Jumaat, 14 Ogos 2009

Takziah

Ustaz Asri 1969-2009

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai.
Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan
program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Rabu, 12 Ogos 2009

Apalagi ayat yang paling sesuai?


Bongkar: 'RM10 juta untuk presiden MCA' - Malaysiakini

Yong Kai Ping & Ng Ling Fong Aug 12, 09 6:35pm

Dua puluh empat jam selepas satu laporan polis dibuat terhadap syarikat pemaju Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pegawai tingginya membuat satu pendedahan yang mengejutkan.
Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing - yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN - mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.
Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000bagi perkhidmatan tersebut.
Bercakap kepada Malaysiakini, Tiong mendakwa beliau telah menyumbangkan berjuta-juta ringgit selepas diminta berbuat demikian oleh Ong.Wang tersebut dibayar secara tunai dalam tiga peringkat sewaktu pertemuan dengan presiden MCA itu di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Sabtu, 8 Ogos 2009

UTUSAN menggalakkan perjudian?



Utusan bila nak hapuskan keputusan judi 4D dalam akhbar? Bukankah Melayu itu itu Islam. Jadah apanya segala macam keputusan judi dipaparkan didalam akhbar yang kononya tunjang orang melayu ini? Atau adakah kekuatan Utusan hari ini bergantung pada hasil judi?


Benarkah AKHBAR UTUSAN dan banyak lagi akhbar arus perdana yang lain...Menjadi penyebar dan penggalak perjudian di dalam masyarakat? Hapuskan keputusan judi di akhbar2 jika benar judi itu merosakkan institusi keluarga dan masyarakat!
Laxmana :- Tidak tergamak nak suapkan ke mulut anak jika inilah sumbernya...nauzubillah..Rela beralih ke akhbar rakyat.

Siapa ARAK di sisi UMNO?

Umno dilihat bagaikan secara tiba-tiba mahu menjadi 'sahabat PAS' yang paling akrab. Tiba-tiba Umno dilihat seolahnya seperti parti komponen PAS yang kini asyik bercakap tentang betapa "HARAMNYA" arak pada orang Islam. Memang, UMNO boleh menjadi apa saja yang kita tidak terduga.
Hakikatnya, arak,judi,zina bukan asing di dalam Umno. Ini tradisi yang perlu ada di dalam meraikan sesuatu. Cuma tidaklah pula dihebahkan. Di dalam kapal terbang, bilik-bilik hotel, bilik dapur sendiri pun sebenarnya bersepah air setan itu! Pemimpin Umno mahu mendabik dada mempertahankan PAS?
Jangan kita lupa, kilang arak yang gah mendada di tepian lebuhraya di PJ itu siapa yang meluluskannya? Siapa benarkan arak dijual di kampung? Siapa yang 'meredhai' lesennya?
Cis! Umno, berkokok mengalahkan halilintar, ekor sendiri berlumut dengan najis!
Laxamana:- Kempen tentang implikasi buruk arak kepada masyarakat wajar digiatkan oleh Pemimpin PR. Jika rokok dan zina boleh kita jadikan kempen, kenapa tidak arak?

Buat pedoman


Laxamana - Makhluk tetap makhluk! Mana mungkin bisa menjadi Tuhan yang mencipta? Nauzubillah..

Umno benci arak?


Pelik!


Sekian lamanya ARAK bertapak di Selangor tidak ada sesiapa pun di kalangan Umno yang menangis dan susah hati. Nak membantah dengan cara berdemo ke jauh sangat.Tetapi bila meletup sahaja isu ini di kala PR mentadbir, barulah terlihat kelibat picisan Umno ini melaungkan perihal hukum dan hakam.


Cis!


Sejak bila pulak puak Umno ini pandai menghormati PAS? Sejak bila pulak puak Umno tersayat ulu hati dan sakit hati dengan arak? Sejak bila?


Laxmana - Tetap berpegang pada hukum Allah, arak itu haram!

Khamis, 6 Ogos 2009

Terpulanglah...

Ini dunia yang Tuhan cipta. Pakejnya datang bersama dengan pelbagai peraturan untuk manusia mentadbir sesama. Malangnya ramai manusia yang merasakan dirinya pula yang menjadi TUHAN! Terpulanglah...